Terminal Bersepadu Timur Mula Bina 2015


Terminal Bersepadu Timur (TBT) Gombak yang dijangka memulakan pembinaannya pada Januari 2015 dilihat satu lagi lambang pembangunan sistem pengangkutan negara serta usaha kerajaan dalam memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Pembinaan terminal pengangkutan bersepadu yang menelan kos sebanyak RM400 juta itu dibina berhampiran stesen transit aliran ringan (LRT) Putra Gombak.



Terminal yang dibina di kawasan seluas 8 hektar yang mengandungi tujuh tingkat itu dijangka menerima sehingga 700 bas keluar dan masuk setiap hari dari seluruh destinasi pantai timur dan utara.


Dengan siapnya TBT ini kelak, maka Hentian Putra di Jalan Pekeliling dan Hentian Bas Jalan Duta akan ditutup bagi membolehkan semua perkhidmatan berpindah.


Dua tingkat terminal ini adalah untuk perkhidmatan bas manakala lima tingkat lagi merupakan pusat komersial dan perniagaan. Pembinaan terminal ini bertujuan mengurangkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur tanpa memerlukan lagi bas ekspress memasuki bandar raya lagi

Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) akan dinaik taraf menjadi lima lorong laluan berbanding tiga lorong berdekatan terminal ini untuk melancarkan lagi perjalanan.


Sumber: Utusan