Pelancaran Perkhidmatan Bas Percuma Untuk Warga Johor



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan perkhidmatan bas percuma untuk kegunaan orang ramai bagi sekitar bandaraya Johor Bahru.

Perkhidmatan bas itu dengan slogan 'JB Dihatiku' akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam bagi laluan Larkin-JB Sentral-MBJB-Jalan Wong Ah Fook-Larkin dengan kekerapan perkhidmatan setiap 20 minit.

Majlis pelancaran tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled dalam ucapannya berkata perkhidmatan percuma itu melibatkan kos RM2.19 juta itu ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membabitkan perjalanan dari Larkin Sentral ke pusat bandar raya.

Beliau berkata perkhidmatan bas percuma ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Perkhidmatan bas percuma itu akan membabitkan penggunaan kad perjalanan yang dikeluarkan MBJB.

Dalam kenyataan oleh MBJB, perkhidmatan bas percuma itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan perkhidmatan percubaanbermula 8 Ogos hingga 7 Sept ini yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini.

Operasi sepenuhnya perkhidmatan itu dijadualkan pada 8 Sept ini yang mana perkhidmatan percuma itu ditawarkan kepada pemegang kad perjalanan MBJB.

MBJB akan menawarkan 3,000 kad secara percuma serta kad tambahan pada harga diskaun RM5 sementara stok masih ada. Harga kad biasa dijual pada RM10.

Menurut kenyataan itu, kad percuma itu boleh didapati di kaunter yang dibuka oleh MBJB di Larkin dan JB Sentral, di sini bermula 22 Ogos ini.


Sumber foto: Harian Metro
Sumber berita: Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...