Pelancaran Perkhidmatan Bas Percuma Untuk Warga Johor



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan perkhidmatan bas percuma untuk kegunaan orang ramai bagi sekitar bandaraya Johor Bahru.

Perkhidmatan bas itu dengan slogan 'JB Dihatiku' akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam bagi laluan Larkin-JB Sentral-MBJB-Jalan Wong Ah Fook-Larkin dengan kekerapan perkhidmatan setiap 20 minit.

Majlis pelancaran tersebut diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Khaled dalam ucapannya berkata perkhidmatan percuma itu melibatkan kos RM2.19 juta itu ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membabitkan perjalanan dari Larkin Sentral ke pusat bandar raya.

Beliau berkata perkhidmatan bas percuma ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Perkhidmatan bas percuma itu akan membabitkan penggunaan kad perjalanan yang dikeluarkan MBJB.

Dalam kenyataan oleh MBJB, perkhidmatan bas percuma itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan perkhidmatan percubaanbermula 8 Ogos hingga 7 Sept ini yang boleh dinikmati oleh seluruh rakyat negeri ini.

Operasi sepenuhnya perkhidmatan itu dijadualkan pada 8 Sept ini yang mana perkhidmatan percuma itu ditawarkan kepada pemegang kad perjalanan MBJB.

MBJB akan menawarkan 3,000 kad secara percuma serta kad tambahan pada harga diskaun RM5 sementara stok masih ada. Harga kad biasa dijual pada RM10.

Menurut kenyataan itu, kad percuma itu boleh didapati di kaunter yang dibuka oleh MBJB di Larkin dan JB Sentral, di sini bermula 22 Ogos ini.


Sumber foto: Harian Metro
Sumber berita: Bernama

JPJ Periksa Bas Di 31 Pusat Rehat & Rawat Musim Aidilfitri Tahun Ini


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menempatkan 500 anggotanya di 31 pusat rawat dan rehat (R&R) di lebuh raya seluruh negara bagi melakukan pemeriksaan terhadap bas ekspres yang beroperasi pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini.


Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad memberitahu, pemeriksaan itu penting untuk memastikan setiap bas ekspres tersebut mematuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan.

Sumber: Kosmo

Bas Ekspress Yakin BG Terbakar Di Melaka


Kebakaran Bas Ekspres 2 tingkat di KM181.7 PLUS Arah Selatan berhampiran Tol Lipat Kajang, Melaka.


Bas terbabit dalam perjalanan dari KL - JB bersama 38 orang termasuk pemandu selamat.


Operasi pemadaman dilakukan oleh BBP Ayer Keroh dan BBP Jasin Bistari.






Tiket Bas ke Pantai Timur Sudah Habis



Orang ramai yang mahu pulang berhari raya ke kampung di Pantai Timur, terutamanya Kelantan dan Terengganu terpaksa berputih mata apabila kebanyakan tiket bas ekspres ke destinasi tersebut telah habis dijual walaupun baru seminggu umat Islam berpuasa.

Tinjauan Kosmo! di Hentian Putra di sini semalam mendapati, tiket untuk perjalanan ke Kelantan dari 24 hingga 27 Julai ini dan beberapa kaunter untuk ke Terengganu sudah habis dijual sejak penghujung bulan Jun lalu.

Beberapa kakitangan syarikat bas ekspres yang ditemui mengakui tiket ke Kelantan sememangnya menjadi rebutan warga kota dan habis terjual pada hari pertama dan kedua jualan dibuka.

Kakitangan syarikat bas Ekspres Perdana, Siti Nur Ain Sa’don Zubir, 24, berkata, tiket ke Machang hingga ke Pengkalan Kubor, Kelantan telah habis dijual sejak minggu ketiga bulan Jun lalu.

Sumber: Kosmo